NAMA : NOR HAYATI BINTI HUSIN
UMUR : 50 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI PI1M : 24 / 12 / 2013
EMAIL : moktiehusin@gmail.com
LATAR BELAKANG Nor hayati Binti Husin atau lebih dikenali dengan panggilan Mok Tie merupaka seorang wanita yang sentiasa berusaha untuk mengubah taraf tahap sosio ekonimo beliau dan keluarga. Beliau merupakan ketua keluarga dan tinggal bersama ibu beliau yang sudah uzur. Dengan usia beliau dan tanggungan yang ada beliau nekad untuk melakukan sesuatu untuk menambah punca pendapatan beliau. Beliau mula berniaga menjual kuih muih dan sup-sup untuk jiran-jiran tetangga serta mengambil tempahan pulut kuning berhias. SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Pada peringkat permulaan, beliau hanya mengambil tempahan sedikit. Beliau berusaha mencari pelanggan selain melalui aplikasi terkini. Oleh yang demikian, Mok tie juga telah mengikuti kelas usahawan yang telah diadakan di PIK. Beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada staff untuk mempromosi hasil jualan dan beliau sentiasa mendapat pelanggan baru saban bulan dan seterusnya meningkatkan pendapatan bulanan. Mok tie menggunakan aplikasi whatsapp untuk mempromosikan jualan beliau dan seterusnya dengan tempahan yang tidak pernah putus beliau nekad membuka warung kanopi berhampiran rumah beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
|
Walaupun beliau dengan rasa ragu-ragu untuk mempelajari komputer, namun beliau kuatkan semangat dan cekal. Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan mempromosikan diatas talian, menggunakan media sosial masa kini beliau sentiasa mendapat sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak.