mcmc
Kisah Kejayaan

(2020) CELIK IT SUKU KE 4 – NASRIZAL BIN MOHD NOOR

NAMA                                              : NASRIZAL BIN MOHD NOOR

UMUR                                              : 21 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI1M        : 22 / 07 / 2015

EMAIL                                             : Nasrizal1999@gmail.com

 

LATAR BELAKANG

Nasrizal Bin Mohd Noor atau lebih mesra dikenali sebagai Rizal merupakan ahli berdaftar sejak tahun 2015 lagi. Rizal merupakan seorang pelajar IPTS yang berusia 21 tahun. Rizal tidak pernah terdedah dengan kemudahan teknologi yang canggih pada masa kini. Ramai kawan-kawan seusia dengannya menggunakan teknologi pada hari ini, Rizal merasakan keinginan untuk turut serta dalam aktiviti dan belajar berkomputer. Rizal mengambil peluang dengan adanya Latihan Komputer.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Bermulanya dengan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar, Rizal dan kawan-kawannya menjejak kaki mereka ke PIK. Tugasan mereka memerlukan internet dan komputer. Pada awalnya Rizal tidak pernah menggunakan komputer dan beliau merasa janggal dengan tugasan beliau. Sekarang ini pelbagai kerja perlu disediakan secara bercetak serta perlu melalui proses di atas talian. Oleh yang demikian, Rizal akur akan kepentingan ilmu ICT dan bersemangat untuk mempelajarinya dengan tiada asas apa-apa pun dalam bidang komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Ini membuktikan bahawa walaupun pada awalnya Rizal tidak mempunyai ilmu kemahiran dalam komputer, Rizal boleh melakukannya dengan tekad dan azam yang Rizal miliki. Diharapkan agar selepas menghadiri kelas Komputer ini, Rizal akan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajarinya.