mcmc
Kisah Kejayaan

(2020) KEUSAHAWANAN SUKU KE 3 – SITI NOR MUZALIFAH MOHAMAED RESUAL

NAMA                                              : SITI NOR MUZALIFAH MOHAMAED RESUAL

UMUR                                              : 35 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI1M        : 24 / 07/ 2020

EMAIL                                             : aqisaqil@gmail.com

 

LATAR BELAKANG

Siti Nor Muzalifah atau lebih mesra dikenali sebagai Siti adalah seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak. Suami beliau bekerja sebagai buruh yang mempunyai pendapatan bulanan yang tidak tetap. Dengan perbelanjaan masa kini yang agak tinggi beliau cuba mengikuti pelbagai kelas masakan untuk menolong menambah pendapatan suami beliau serta untuk meningkatkan lagi taraf hidup keluarga beliau yang semakin besar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Oleh yang demikian , beliau mengambil keputusan untuk menjual sambal garing ikan bilis dan halis bersama bawang putih serta pelbagai kuih muih dan menghantar kuih muih di beberapa gerai dan kedai. Namun, kerana promosi yang kurang memberangsangkan membuatkan beliau telah mengikuti kelas dan latihan di Pusat Internet sebagai batu loncatan untuk meluaskan cara-cara mempromosikan pelbagai produk hasilan beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Walaupun , beliau dengan rasa ragu-ragu untuk mempelajari komputer dengan alasan takut-takut sebab tidak pernah didedahkan dengan penggunaan komputer ,namun beliau kuatkan semangat dan cekal. Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan mempromosikan diatas talian, menggunakan media sosial massa kini beliau sentiasa mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak. Malahan beliau sentiasa mendapat pesanan dari negeri-negeri luar terhadap sambal bilis beliau.