mcmc
Kisah Kejayaan

(2019) CELIK IT SUKU KE 2 – MASLINA BT. MOHD NOR

Nama  : Maslina Binti Mohd Nor
Umur : 39 Tahun 
Email  : Tiada
Ahli : 01 April 2014

 

LATAR BELAKANG

Puan Maslina Binti Mohd Nor merupakan kakitangan Klinik Desa Kg. Rawai sebagai Jururawat . Beliau selalu datang ke PIM untuk pelbagai urusan seperti print out slip gaji, mengisi HRMIS, membuat laporan kerja , membuat tuntutan lebih masa kerja , menjadi AJK KOSPEN dan sebagainya. Pada mulanya, beliau meminta petugas untuk membuat semua kerja-kerja tersebut, namun demikian timbul minat serta keinginan untuk belajar dan membuat sendiri semua laporan-laporan kerja beliau. Dengan tawaran kelas secara PERCUMA menambah semangat beliau untuk belajar dan mengusai ilmu asas ICT.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Sekarang ini pelbagai tugasan perlu disediakan secara bercetak serta perlu melalui proses di atas talian. Oleh yang demikian, Puan Maslina akur akan kepentingan ilmu ICT dan bersemangat untuk mempelajarinya dengan tiada asas apa-apa pun dalam bidang computer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Ini membuktikan bahawa walaupun pada awalnya beliau tidak mempunyai ilmu kemahiran dalam komputer, beliau boleh melakukannya dengan tekad dan azam yang beliau  miliki. Diharapkan agar selepas menghadiri kelas Komputer ini, Puan Maslina akan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajarinya.