mcmc
Kisah Kejayaan

(2019) CELIK IT SUKU KE 1 – ABDUL HALIM B. MUDA

Nama  : Abdul Halim Bin Muda
Umur : 44 Tahun 
Email  : Tiada
Ahli : 12 Disember 2017

 

LATAR BELAKANG

Ustaz Alim merupakan seorang Imam masjid di kawasan alor limbat dan tinggal berdekatan dengan PI Kg. Alur Limbat. Ustaz Alim berusia 44 tahun dan tidak pernah terdedah dengan kemudahan teknologi yang canggih. Beliau merasakan keinginan untuk mengguna dan belajar berkomputer untuk memudahkan kerja beliau serta sebagai ilmu dan tidak ketinggalan dalam peningkatan teknologi ICT masa kini. Ustaz Alim mengambil peluang dengan adanya Latihan Komputer yang diadakan secara PERCUMA setelah berdaftar menjadi ahli di PI Kg. Alur Limbat. Tambahan beliau juga menjadi setiausaha kepada beberapa persatuan yang memerlukan laporan bertulis untuk setiap mesyuarat yang diadakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Sekarang ini, pelbagai tugasan,ceramah,khutbah memerlukan celik IT dan kemahiran komputer. Oleh yang demikian,Ustaz Alim mencari alternative untuk memudahkan tugasan beliau dengan merujuk di PI Kg. Alur Limbat. Pada awalnya Ustaz Alim tidak pernah menggunakan komputer dan beliau merasa janggal dengan tugasan beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Ini membuktikan bahawa walaupun pada awalnya beliau tidak mempunyai ilmu kemahiran dalam komputer, beliau boleh melakukannya dengan tekad dan azam yang beliau  miliki. Diharapkan agar selepas menghadiri kelas Komputer ini, Ustaz Alim akan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajarinya.